Tuesday, October 27, 2015

Kisah Aunty BB

Saja nak kongsi cerita di sini, tentang sikap manusia ni, kadang tu orang yang betul2 buat jahat dan buat banyak kerosakkan pada masyarakat tidak di soal dan di tegur, tapi orang yang buat baik pulak di tegur dan di komen macam-macam, tak boleh tengok orang senang sikit, ada saja nak iri hati dan cemburu adoiiyaiii stress di buatnya.



<---Aunty BB di kebun (the green hand lady) sambil melambai tangan panggil ibu 😁, tiap kali kalau ada pokok bunga yang dia tanam menjadi, dia nak ibu tgk wahh semangat seyy n so sweet kan.

Satu contoh ibu kasilah ok, ini tentang kisah seorang teman bernama aunty BB, seorang wanita berketurunan india yang agak lanjut usia, seorang balu kematian suami kalau tak silap ibu masa usia dia 50an dia sudah kehilangan suami (sama mcm ibu), dia ada 4 orang anak 3 perempuan 1 lelaki, hidup sendiri membesarkan 4 anak bukan sesuatu yang mudah, tapi dia seorang yang kuat semangatnya, pernah suatu ketika dia berkerja sebagai pekebun, menjaga kebun kerajaan JTC


Di pendekkan cerita, aunty BB ni dia suka Gardening/berkebun, itu mmg hobbi dia, apa saja pokok yang dia tanam mesti menjadi, gemok2 pulak tu bunga2 dia tanam,  baru2 ni.. salah sorang anak perempuan dia mengidap cancer, di susuli pula menantu cina isteri kepada anak lelaki dia yang mengidap cancer sehingga membawa maut, selepas itu anak lelaki dia pulak sakit2 yg ibu tau merisaukan dia.

<-- Di Flower by the bay

Jadi ibu rasa sebagai teman walau hanya di garden, ibu perihatin kepada dia dan selalu ambil tahu kalau2 dia ada masalah atau pun memerlukan pertolongan, ibu akan pastikan yang ibu ada untuk bantu, sepertimana ibu ada selalu untuk orang tua ibu. Sejak kematian menantu dia, ibu dapat rasakan dia bersedih tapi dia tak pernah luahkan, kadang dia duduk di garden tempat kami berkebun, sementara tunggu cuaca tidak panas, dia mengait dan dia habiskan masa berkebun.


Ibu fikir apa yang boleh ibu sebagai kwn bantu dia? ibu fikir dan soal hati sendiri, akhirnya dgn tidak fikir panjang dapat 1 idea, kebetulan dia suka bunga bungaan, setiap kali ibu ke Garden by the Bay atau Fareast Flora ibu akan bawa dia bersama, kadang tu bila di sana mcm dia taknak balik :) mungkin seronok tgk bunga2 tu, dan setiap kali balik dari sana...ibu belikan dia sepasu pokok atau bunga, untuk dia tanam di RC tentu dia suka, fikir ibu dalam hati (mmg pun dia suka)
Setiap kali balik dari tempat2 ni ibu bawa banyak pokok bunga dan kebetulan ibu suka juga tanaman pokok dan bunga di koridor rumah ibu, jadi ada satu hari ni...sesaorang ni bertanya pada ibu

Hamba Allah: banyaknya beli bunga.. beli dkt mana tu? ibu: oo bunga ni ke? beli dkt Fareast Flora kenapa cik?
Hamba Allah: oh tak ada lah tanya jer, pergi dgn siapa tu (sambil terjenguk2 melihat ke arah Aunty BB
Ibu: ohhh pergi dgn makcik tu (jawab berseloroh sambil ibu tunjuk Aunty BB) mana saya pergi kalau tempat bunga2 ni cik, dia kena ikut, sebab dia bodyguard saya (ketawa kecil dgn aunty bb) Aunty BB:  ada ada saja dia, dia memang suka bawa saya, dia ajak saya ikutlah Hanba Allah: oh yer ke? ingatkan dgn siapa lah awak pegi tadi, sanggup bawak dia eh (yg di maksudkan tu aunty BB) 
Ibu: yer cik tak apa pun bawak dia tak rugi pun saya, lagi pun kesian dia sorang2 selalu, tu yang bawak dia tengok bunga, tengok bunga jer dah buat dia happy, tgklah tu (kami gelak) lagi pun apa salahnya kita buat baik pada orang lain kan? nak berkawan atau buat baik tak kan pada bangsa kita jer yer tak? biar adillah pada semua yang perlukan pertolongan kita, kira kata orang putih tu no boundry lah cik (part ni makcik blur jap 😁) Hamba Allah: ah yer lah (dia mula tone down suaranya dia fikir tu haha, baru dia faham gaknya)akhirnya perbualan kami habis di situ jer ibu minta diri dan pergi ke arah aunty BB kami bual pasal mcm mana nak tanam pokok. 

Setiap bulan biasanya ibu kalau jumpa aunty bb borak panjang maklum lama tak jumpa kan walaupun tinggal di tempat yang sama, kadang suka jugak ajak dia makan, ade kala dia nak ade kala dia tak taknak sebab dia da makan, dan setiap kali jumpa mmg ibu suka selit duit belanja skit, takde lah banyak tapi cukup tuk dia buat belanja skit, kadang tu nampak dia senyum lebar 😁amboi sukanya, biasanya ibu sorok2 tapi ada jugak yang mata 'helang' nampak jer ceyyy.... terus jer drg tanya  'eh cantek(bukan perasan eh 😌tapi itu  panggilan dorang panggil ibu di kebun RC) apa pasal lu kasi bb duit?' haizzz.. itu pun jadi persoalan ke?? apedahhh, macam ler ibu guna duit 😡darah up ni,  padahal sikit tak fikir apa pun sekadar kasi duit kopi ikhlas jer, mentanglah orang tu bangsa india, tak kan lah itu pun jadi masalah.  Sebelum jalan ibu cakap berbaik since drg ni macam polis 😒ingatkan dah abes tau tapi ada lagi pulak tu dia cakap 'ye la dia kan india kenapa lu kasi sama dia?'tanpa fikir panjang dan nak matikan perbualan ibu pun jawab 'eh apa pasal wa tak boleh kasi? dia india ke malayu ke cina ke, wa suka la, wa punya duit maa' 😝ade aku kisah hahaha... dia pun terus berlalu sengeh kerang aduiii tak bersalah jer tu, BB dgr jer perbualan ibu dgn kwn yang berbangsa cina tu, tapi apa pun perbualan tu berunsur gurauan, dorang dah kenal ibu lama dan selalu pun suka usik ibu, bukan lah marah cuma hari tu dorang terlebih 'kepo' hahaha sabo jerlah. Tapi biasalah manusia ni merah mata sikit, biarla orang nak kata apa ade aku kisah, tak rugi apa pun yer tak, kita nak buat baik bukan dgn bangsa kita jer tapi dengan semua orang, baru lah hidup tu happy makmur jer apedaaa, yang penting kita tak ganggu orang dan atleast kalau dapat  😁menceriakan sikit hari orang lain bukan tu pun dikira pahala ke? yang penting HAPPY ni jadi pengajaran jugak (lain kali hati2 nak kasi pegi sorok2 sikit hahahaha baru la aman... opss makcik dah tua lupa 😅)
aunty bb ada jugak cakap dia selalu cerita pasal ibu  pada anak2 dia (wahh fofuler lah mcm ni haha), a cakap psl zakat tu cakap psl ibu
buat facebook untuk dia (takde ape pun niat ni cuma nak anak cucu dia yang ada dalam dan luar negeri tau perkembangan aunty BB) maklomlah dorang semua ada family sibuk jer selalu dan ada anak2 aunty BB tinggal luar negeri, ada jugak tegur aunty bb ni dia jawab  dgn ketawa: 'apasal saya takboleh ckp sama diaorang? saya cerita hal betul apa, mmg awak buat itu semua kan?.. cerita yang baiklah jangan takut' sambil dia gelak2 👼😉 ...hehe ada2 saja aunty bb ni, apa pun ibu bersyukur ada kwn macam dia, walaupun jarak usia ibu dgn dia jauh 30 tahun lebih tapi kami ni mcm adik beradik yang mak lain bapak lain lah pulak dgn ibu haha bleh gitu ...
 Senang ckp dia ni seorang yang ramah dan baik pada semua orang (banyak persamaan dgn mak ibu sendiri), dan dia punya ramai kawan (wahh network dia besar - korang ade?? 👭👯), dia selalu berfikiran positif dan suka menasihati kawan2 cakap pun selalu baik2 jer semua, tapi pada hakikatnya dia ni hidup sendiri, seorang ibu tunggal yang selalu tinggal sendirian, seorang yang berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain, dan ibu faham bagai mana perasaan dia bila hidup sendiri tentu saja rasa sunyi (mujur ade kwn gila2 skit macam ibu hahaha terhibur jugak dia kan kannn) gitulah cerita nya... pasal AUNTY BB SATIAVAMA seorang gardener di kebun kemasyarakatan RCzone3. Apa pun ibu nak katakan disini, kalau nak buat baik tak perlu kira bangsa dan ugama, baik kawan kita bertambah ceria lah hidup kita, dan kalau lakukan sesuatu haruslah ikhlas.  Moga ibu KONGSIkan disini dapat memberi satu inspirasi dan contoh yang baik pada yang lain, kita jugak yang dapat pahalanya yer tak? jangan takut dengan komen2 sinis atau kata2 orang anggap semua tu bagai angin lalu insyaAllah hidupkan bertambah tenang bila kita lebih bersikap positif dan berfikiran terbuka,buat apa yang korang fikir baik.. dan tak rugi pun kalau kita tolong orang lain PAHALA BESAR tau.

coretan daripada:
Deejay Ibumisali (maaf kalau coretan tak tersusun ayat ya)




belanja korang tengok pokok bunga yang aunty BB tanam,
cantekkkannn, ni baru sikit banyak lagi ade









 ni ade video ibu buat khas untuk Aunty BB klick SINI
END.








No comments:

Post a Comment

Contact Us

If you have story to share pls send us email to this address:
LUAHANRASA.FM
http://www.luahanrasa.com
Email us : Attn Admin
radio.luahanrasafm@yahoo.com