Saturday, September 9, 2017

Jaga MULUT/PERANGAI !!!

Kenapa manusia ni tak tau jaga MULUT/PERANGAI !!!

Kenapa? yer semakin usia kita makin meningkat, ramai yang TAK BOLEH mengawal diri, sama ada dari segi percakapan mau pun dari segi mengawal perasaan atau beremosi, apa kah di sebabkan ramai dalam golongan ni sudah mencapai usia monopause atau extrapause? atau di sebabkan faktor usia???

contohnya: Ada di sesetengah orang yang sudah berusia (dan ada juga yang muda begini), susah nak menahan mulut dari menjadi celupar (maaf yer harus mengunakan ayat ni) kadang tu nak menegur orang sedap sembuh jer, suara pun bukan main kuat dan mampat dan ada kala dengan cara menyindir, macam tak bersalah jer,  contoh 1. 'kau ni dah semakin gemok aku tengok, dah sama macam mak engkau' atau 2. 'ehhh awakkk lama kita tak jumpa awak, mana pegi?? wahh makin gemuk awak sekarang eh!!' ceyyy mulut tu macam nak kena cili tak pun kasi simen jer asal sedap cakap jer, kalau yer pun excited gairah jumpa kawan lama

1. Belajarlah mulakan perbualan dengan bertanya khabar bersalaman
2. Pertanyaan tu jangan merapu
3. Carik topik yang HAPPY2 yang menarik dan bukan mengumpat carik kesalahan orang lain, jangan selalu fikir apa kita ingat kelakar pada kita tu kelakar pada orang lain FAHAM EH 😑😕
4. dan bila dah nak balik, cakap yang baik2 jer cthnya: 'oklah awak dah lama ni kita keluar karang carik pulak si bapak budak tu' atau 'oklah yer kita nak mintak diri dulu ni, nak pegi ambil budak balik sekolah, nanti terlambat pulak (sambil gelak), kata2 yang meninggalknak kenangan dan buat kawan kita tersenyum bila kita berlalu (mesti dia nak jumpa lagi kan lepas ni)
5. Kemudian salam dan berlalu (senyumlah skit tak perlu nak kelam kabut macam nak kerja apa jer) nanti dia mesti terfikir baik betul kawan aku ni, dah berapa tahun pun tak jumpa dia masih sama lembut jer tutur kata dia tu.

Moral of the story, kalau kita nak menegur orang biarlah beralas sikit agar takde sampai orang kecil hati, nak orang hurmati kita, kenalah mulakan dengan diri kita dulu, barulah yang muda/tua pun akan sayang dan hurmati kita, jangan sekali sebut macam tak ada hari esok atau pun cakap berjela jela sampai orang lain tak boleh nak mencelah walau sepatah pun ni ape hal?? adoiiyaiii, asyik dia jer nak cakap, sekurang2nya cakap sikit2 dan kasi peluang kawan kita tu pulak cakap, jadi baru lah seronok dua2 dapat cakap yer tak, ni dia jer nak cerita sorang, orang lain tak perlu cakap ke?? ape kes esh eshhh, nanti lain kali kalau dia jumpa kita mesti dia serik dan cuba mengelak kan diri dari terserempak atau berbual dgn kita sebab dia tau kita ni macam mana ibarat mulut macam keretapi (cakap tak berhenti, Stress org tau).

ps: jadi orang tua cuba jangan cepat melatah, jangan cepat emosi, kurangkan daripada banyak bercakap, dan banyakkan mendengar, harus selalu jaga pertuturan dan sayang pada yang tua/muda, agar tetap di hurmati dan di sayangi, bukan bermakna kita ni dah dewasa TUA... KITA SAJA YANG BETUL, harus belajar mengimbangi sikap dan emosi maklomlah USIA MENINGKAT REMAJA ni kan cepat nak melatah,  fikir fikirkanlah k, ubah sikap tu kalau tak mahu di benci atau di jauhi, dan untuk yang muda2 pulak kenalah banyak sabar yer dengan orang TUA 😇👌, sebab tak semua orang ada kesedaran dan rasa hurmat yang tinggi pada orang lain dan tak semua sedar sikap mereka menyakiti perasaan orang lain,  sabar yer, sebab satu hari nanti kita pun akan tua dan akan lalui tekanan dan perubahan hidup sama seperti 'mereka' ni. Kalau ada salah ayat atau perkataan ampun maaf dari ibu, hanya pandangan jer nak share, kalau suka share pada kawan2 kalau tak suka kimsalam maknya 👌😂 wassalam.

coretan dari:
~ Deejay Ibumisali

Contact Us

If you have story to share pls send us email to this address:
LUAHANRASA.FM
http://www.luahanrasa.com
Email us : Attn Admin
radio.luahanrasafm@yahoo.com