Saturday, September 9, 2017

Bahagian ke.2 -Si Tua dengan si muda, apa ceritanya??

Kenapa? yer
semakin usia kita makin meningkat, ramai yang tidak boleh mengawal diri, sama ada dari segi pertuturan mau pun dari segi mengawal perasaan atau beremosi, apa kah di sebabkan ramai dalam golongan ni sudah mencapai usia monopause atau extrapause? atau di sebabkan faktor usia?

contohnya ada di kalangan sesetengah orang yang sudah berusia, agak payah untuk menahan mulut dari menjadi celupar [maaf yer harus mengunakan ayat ni] contohnya jikalau menegur orang yang lebih muda dan menegur di depan orang lain atau kenalannya, tonasi suara agak menunjuk-nunjuk [atau mengada ngada, dan dgn cara menyindir]  seperti 'sipulan kau ni dah semakin gemok aku tengok, dah sama macam mak engkau' mungkin pada pendapat dia, berkata sedemikian tidak salah dan hanya sebagai gurauan, tapi adakah ia bersesuaian?

kepada si penerima pulak tentu dia akan rasa kecil hati, kata kata macam tu bagai tidak menghurmati dirinya dan membuatkan si muda tidak menghurmati si tua, dan jadilah jurang atau mudah di fahami si muda menjauhkan diri untuk elak dari banyak berbual dengan si tua, dari berbual dan akhirnya dirinya terus di kata dengan kata kata yang tidak menyenangkan, mungkin apa yang si muda tadi harap  'dah lama tak jumpa, cakaplah baik baik kalau yer pun, ni mulut macam mulut longkang, kurang asam betul' tanpa si tua sedar dia telah di cap sebagai orang yang tidak menghurmati orang lain dengan gurauan kasar, kata kata yang tidak menyenangkan seringkali keluar dari mulutnya, sampai boleh mencetuskan rasa tidak selesa orang lain.

ps: jadi orang tua cuba jangan cepat melatah, jangan cepat emosi, sayang pada yang muda dan senantiasa menjaga pertuturan kita, agak tetap di hurmati dan di sayangi oleh yang muda, bukan bermakna kita ni dah berusia KITA SAJA YANG BETUL, kita pun macam yang muda, masih lagi harus belajar mengimbangi sikap dan emosi kita dalam usia MENINGKAT REMAJA ni, biasalah dah monopause dan extrapause lah katakan hahaha hantam sajalah amik kauuu.......... jadi fikir fikirkanlah yer, dan ubahlah sikap tu kalau tak mahu di benci atau di jauhi, danuntuk yang muda2 pulak kenalah banyak sabar yer, sebab tak semua orang tua tu ada kesedaran dan rasa hurmat yang tinggi pada orang lain dan tak semua mereka tu sedar sikap mereka menyakitkan  :D jadi kenalah sabarkan diri banyak banyak yer, sebab satu hari nanti kita pun akan tua seperti mereka, dan melalui tekanan dan perubahan diri seperti mereka, ingat sabar tu separuh dari iman

~ Deejay Ibumisali ;)

Tuesday, October 27, 2015

Sambungan Bhg.2 Kisah Aunty BB

Saja nak kongsi cerita di sini, tentang sikap manusia ni, kadang tu orang yang betul2 buat jahat dan buat banyak kerosakkan pada masyarakat tidak di soal dan di tegur, tapi orang yang buat baik pulak di tegur dan di komen macam-macam, tak boleh tengok orang senang sikit, ada saja nak iri hati dan cemburu adoiiyaiii stress di buatnya.



<---Aunty BB di kebun (the green hand lady) sambil melambai tangan memanggil ibu, tiap kali kalau ada pokok bunga yang dia tanam menjadi, dia nak ibu tgk :) so sweet kan.

Satu contoh ibu kasilah ok, ini tentang kisah seorang teman bernama aunty BB, seorang wanita berketurunan india yang agak lanjut usia, seorang balu kematian suami kalau tak silap ibu masa usia dia 50an dia sudah kehilangan suami (sama mcm ibu), dia ada 4 orang anak 3 perempuan 1 lelaki, hidup sendiri membesarkan 4 anak bukan sesuatu yang mudah, tapi dia seorang yang kuat semangatnya, pernah suatu ketika dia berkerja sebagai pekebun, menjaga kebun kerajaan JTC


Di pendekkan cerita, aunty BB ni dia suka Gardening/berkebun, itu mmg hobbi dia, apa saja pokok yang dia tanam mesti menjadi, gemok2 pulak tu bunga2 dia tanam,  baru2 ni.. salah sorang anak perempuan dia mengidap cancer, di susuli pula menantu cina isteri kepada anak lelaki dia yang mengidap cancer sehingga membawa maut, selepas itu anak lelaki dia pulak sakit2 yg ibu tau merisaukan dia.




<-- Di Flower by the bay

Jadi ibu rasa sebagai teman walau hanya di garden, ibu perihatin kepada dia dan selalu ambil tahu kalau2 dia ada masalah atau pun memerlukan pertolongan, ibu akan pastikan yang ibu ada untuk bantu, sepertimana ibu ada selalu untuk orang tua ibu. Sejak kematian menantu dia, ibu dapat rasakan dia bersedih tapi dia tak pernah luahkan, kadang dia duduk di garden tempat kami berkebun, sementara tunggu cuaca tidak panas, dia mengait dan dia habiskan masa berkebun.



Ibu fikir apa yang boleh ibu sebagai kwn bantu dia? ibu fikir dan soal hati sendiri, akhirnya dgn tidak fikir panjang dapat 1 idea, kebetulan dia suka bunga bungaan, setiap kali ibu ke Garden by the Bay atau Fareast Flora ibu akan bawa dia bersama, kadang tu bila di sana mcm dia taknak balik :) mungkin seronok tgk bunga2 tu, dan setiap kali balik dari sana...ibu belikan dia sepasu pokok atau bunga, untuk dia tanam di RC tentu dia suka, fikir ibu dalam hati (mmg pun dia suka)


Setiap balik dari tempat2 ni ibu bawa banyak pokok bunga dan kebetulan ibu suka juga tanaman pokok dan bunga di koridor rumah ibu, jadi ada satu hari ni...sesaorang ni bertanya pada ibu

Hamba Allah: banyaknya beli bunga.. beli dkt mana tu?
ibu: oo bunga ni ke? beli dkt Fareast Flora kenapa cik?
Hamba Allah: oh tak ada lah tanya jer, pergi dgn siapa tu (sambil terjenguk2 melihat ke arah Aunty BB
Ibu: ohhh pergi dgn makcik tu (jawab berseloroh sambil ibu tunjuk Aunty BB) mana saya pergi kalau tempat bunga2 ni cik, dia kena ikut, sebab dia bodyguard saya (ketawa kecil dgn aunty bb)
Aunty BB: dia ada ada saja, dia memang suka bawa saya, dia ajak saya ikutlah
Hanba Allah: oh yer ke? ingatkan dgn siapa lah awak pegi tadi, sanggup bawak dia (yg di maksudkan tu aunty BB) 
Ibu: yer cik tak apa pun bawak dia tak rugi pun saya, lagi pun kesian dia, bawak dia tengok bunga jer dah buat dia happy tu, tgklah tu (kami gelak) lagi pun cik apa salahnya kita buat baik pada orang lain kan? nak berkawan atau buat baik tak kan pada bangsa kita jer yer tak? biar adillah pada semua yang perlukan pertolongan kita, kira kata orang putih tu no boundry lah cik
Hamba Allah: ah yer lah (dia mula tone down suaranya, agaknya baru dia terfikir kebenaran pada kata2 ibu tu, fikir sejenak dia)

akhirnya perbualan kami habis di situ jer ibu minta diri dan pergi ke arah aunty BB kami bual pasal mcm mana nak tanam pokok lepas tu dia pun minta diri nak balik

insident kedua........
setiap bulan biasanya ibu kalau jumpa aunty bb ni ibu selalu beri dia sikit duit jajan/duit belanja, jadi dia boleh beli apa dia nak makan atau nak masak, tersenyum lebar dia kalau dapat, biasanya ibu sorok2 kasi, tak mahu orang lain nampak, satu hari tu ada beberapa orang ni ternampak ibu kasi duit pada aunty BB, ada saja suara menegur, ada saja manusia2 ni nak ckp sesuatu, kasi orang india tua ni duit pun jadi persoalan? macam ler ibu guna duit dia, ibu kasi ikhlas tak fikir apa pun, walaupun tak banyak tapi ntahlah ibu memang saja nak sedekah, tapi biasalah kalau di garden tu mmg ramai orang sekeliling, sesekali mata memandang ke arah kami berdua, yang berbual kadang gelak dua2 ni, pada ibu biarlah.. orang lain tak suka... itu masalah dia.. ibu tak ganggu sesiapa, ibu buat apa yang ibu suka, sekadar nak menceriakan sikit hari dan hati aunty BB tak salah kan? kadang kata tu hal ini buat orang mata merah pulak...


aunty bb selalu bercerita pada ibu yang dia selalu cerita pasal ibu kepada anak2 dia, ttg apa yang ibu lakukan untuk aunty bb, sama ada bwk dia jalan atau sedekah pada dia, dan baru2 ni ibu buat facebook dia, agak senang anak2 dia di luar negeri tgk apa mak dia buat di singapura, ibu tegur aunty bb ni 'adoiiiyaii kenapa cerita orang bb?' dia jawab dgn ketawa: apasal saya takboleh ckp sama diaorang? saya cerita hal betul, mmg awak buat itu semua kan?.. cerita yang baiklah jangan takut'

hehe ada ada saja aunty bb ni, apa pun ibu bersyukur ada kwn macam dia, walaupun jarak usia ibu dgn dia jauh 30 tahun tapi kami ni mcm adik beradik yang mak lain bapak lain haha bleh gitu ...


ps: walaupun aunty bb ramah pada semua orang, dan ramai kawan, namun pada hakikatnya dia hidup sendiri, seorang ibu tunggal yang selalu tinggal sendirian, seorang yang berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain, dan ibu faham bagai mana perasaan dia bila hidup sendiri tentu saja rasa sunyi 

gitulah cerita nya...apa pun ibu nak katakan di sini ialah...kalau nak buat baik berpada2 dan tiada batasan ke arah kebaikkan, haruslah ikhlas dan tidak menunjuk2, moga segala apa yang kita lakukan tu dapat memberi satu inspirasi untuk lakukan yang sama, kita jugak dapat pahalanya yer tak? jadi pada yang membaca ni...kalau nak but baik.. jangan teragak2, dan jangan takut dengan komen2 sinis atau kata2 orang ok.. buat apa yang korang fikir baik.. dan tak rugi pun kalau kita tolong orang lain PAHALA BESAR nya - coretan Ibu sendiri (maafkalah tak tersusun ayat)


Look at the plant n Fruit she take care.






Wednesday, October 29, 2014

Stress lever UP

When you ask computer question and answer quiz about you Husband
see what the computer say.......

"Lazy
He is so lazy that it is surprising he even made it to the altar in time to get married! He tends to do the things he want to do- and everything else is left to others. He can be a little insensitive to your needs and desires (unless, of COURSE, there is something in it for him!). Even if he only puts in half the effort he puts into his hobbies, your marriage would be in top shape. He needs to get off the couch and take you out for dinner!"

try you luck, its your turn to take the test try now click HERE

Sunday, October 27, 2013

Bila sayangkan sesaorang...

Tarik nafas pajang hari ni bila fikirkan....

Bila kita dah sayangkan sesaorang, agak sukar untuk kita lupakan dia apa lagi untuk tidak mengingatinya, walau macam mana kita cuba perasaan itu akan tetap ada segala ingatan bersamanya senantiasa segar dalam ingatan kita walaupun insan yang kita sayang itu sudah tiada lagi di dunia ini, sejauh mana kita dapat mengatasi perasaan itu semuanya terletak pada diri kita masing masing, adakah kita kuat untuk mengatasinya dan bagaimana nak kita hadapi serta lalui semua itu hanya kita saja tau, kalau permasalahan kita kongsi pada orang lain, adakah dia faham hati kita atau kita akan dgr ayat ini 'jangan ikutkan perasaan atau emosi, sebab ia tak membawa kebaikkan pada diri kita' apa pun cara kita gunakan hanya kita saja tahu dan faham diri sendiri......

Ibu selalu ingatkan diri ibu sendiri dgn berkata 'kita yang kawal emosi ..bukan emosi yang kawal diri kita' tapi ada kala emosi mengatasi segala galanya dan kita macam rasa nak lari jer tapi di mana? ....... di tempat tiada sesiapa pun hanya kita dan air laut yang nyaman menemani .... luasnya alam ciptaan Allah ni... segala rahsia tersimpan di dalam nya, jangan cepat mengalah 'sabarlah hati.....' 

Hari ni bila surfing senarai rakan Facebook, ibu ternampak satu gbr yang mengingatkan ibu pada dj bbgirl :( terusik lagi hati ibu ni  'moga Allah tempatkan dia bersama orang orang yang Soleha....Alfateha....

Gambar atas ni juga mengingatkan ibu kepada dj bbgirl dan anak patung dia yang di beri nama dboy, pernah satu ketika dia kata kalaudia sedih dia selalu peluk dboy

coretan: Dj Ibumisali

Contact Us

If you have story to share pls send us email to this address:
LUAHANRASA.FM
http://www.luahanrasa.com
Email us : Attn Admin
radio.luahanrasafm@yahoo.com